Adakah anda ingin belajar bagaimana membuat website? Mari saya tunjukkan anda menerusi.
Seminar Website Al Fatih Studio
9 Oktober 2010 (Sabtu) | 8.30 pagi - 5.30 petang
JomTraining, Wisma DPI-Invergold, Bandar Tasik Selatan, Selangor
(klik disini untuk peta di google map)
Terhad Untuk maksimum 10 Orang Sahaja!
(Sarapan, minum pagi, makan tengahari, & minum petang disediakan)
(Setiap peserta turut dibekalkan sebuah komputer)
-------------------------------------------------
Salam perkenalan dari kami,

dari meja Muhammad Bukhori b Parman
Jumaat, 20 Ogos 2010
Assalamualaikum wbt,
Tuan/Puan,
Kami di alfatihstudio.com membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari bagaimana buat website. Kami akan ajarkan walaupun anda langsung tidak mengetahui apa-apapun mengenai membina website.
Kami memang full time webdesigner. Berbeza dengan kursus yang disampaikan oleh orang yang cuma tahu buat website, kami adalah orang yang bergelumang dengan pembinaan website setiap hari.
Kami juga telah berpengalaman menyampaikan seminar ini berkali-kali, dan setiap kali ada seminar baru, kami akan upgrade lagi nota kami dari masa ke semasa.. (Terbaru! bukan cuma nota bertulis, kami juga akan tambah panduan berbentuk video untuk anda)
Di bawah ini adalah contoh-contoh jenis website yang akan diajar di dalam seminar nanti..
-------------------------------------------------
Maklumat lanjut mengenai seminar ini,
Tarikh: 9 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 8.30am – 5.30pm
Anjuran: Al Fatih Network
Tempat: JomTraining, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur
Tenaga Pengajar: 2 orang, Saya Sendiri (Muhammad Bukhori), dan dua orang pembantu, Safwan dan Basyir..
-------------------------------------------------
Adakah seminar ini sesuai untuk saya? apa keperluan asas yang perlu ada pada bakal peserta ya?
Ok, sebelum datang ke kursus ini, peserta perlulah sekurang-kurangnya,
1. Tahu dan cekap guna komputer
2. Tahu dan cekap guna internet
3. Minat dan sanggup belajar. (PENTING!)
4. Ada komputer dan talian internet di rumah untuk membuat website itu nanti.
5. Membaca terlebih dahulu beberapa nota asas yang diberikan sebelum kursus. (Nota akan diberikan sejurus selepas pembayaran dibuat.
Perhatian! Secara jujurnya, sebagaimana juga semua bidang ilmu lain, anda tidak akan secara ajaibnya terus mahir membuat website selepas mengikuti seminar ini. Anda tetap perlu praktis ilmu yang diajarkan nanti berkali-kali sebelum menjadi seorang yang mahir membuat website.
Insya'allah tiada alasan untuk tidak mempu buat. Kami akan tunjukkan secara live, anda telah pun akan ikut buat step by step, kami bekalkan pula nota, video, file, dan software yang diperlukan, namun anda masih tetap perlu pulang dan praktiskan ilmu tersebut untuk menjadi mahir.
-------------------------------------------------
Kenapa anda perlu hadiri seminar ini?
Nak buat dan menguruskan website sendiri?
Sekiranya anda ingin ada website sendiri yang canggih, anda tak perlu upah orang lain untuk buat semua perkara... (upah website seperti yang akan saya ajarkan ini biasanya boleh mencecah lebih RM1000). Bukan cuma itu, anda juga tak perlu sentiasa upah orang untuk tolong updatekan website anda, boleh buat semua itu sendiri.
Nak berniaga di internet?
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan di internet, pastinya anda memerlukan satu website yang kelihatan profesional untuk meyakinkan bakal pelanggan terhadap perniagaan anda. Website yang canggih adalah ibarat mempunyai pejabat yang hebat, ianya akan menjadikan bakal pelanggan yakin dengan anda.
Maka anda telah mengambil langkah bijak dengan mengikuti seminar ini, kerana anda akan diajar sehingga mampu membuat website profesional anda sendiri.
Nak ambil servis buatkan website untuk orang lain?
Sekiranya anda berminat menjadi website developer, anda boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan:
1. 1 Projek buat website menggunakan CMS Joomla sahaja anda boleh charge sekurang-kurangnya RM800 sehingga ke RM5000.
2. 1 Projek buat website e-commerce profesional, anda boleh charge sekurang-kurangnya RM900 sehingga RM7000.
3. 1 Projek buat website wordpress anda boleh charge sekurang-kurangnya RM300 sehingga RM2500
4. Mendapat peluang pekerjaan. Sekiranya anda sudah mampu membina beberapa laman web, anda boleh jadikannya profile untuk meminta kerja.
Nak anjurkan seminar buat website di tempat sendiri?
Sekiranya anda ingin mengajar orang lain buat website, mungkin ini adalah langkah pertama untuk anda...
-------------------------------------------------
Apa yang anda akan pelajari?
Pelajaran utama :
1. Membina website blog, korporat, atau portal menggunakan CMS Joomla. Kita akan belajar dari asas sehinggalah berjaya menghasilkan website ini. Contoh website seperti ini :
2. Membina website e-commerce (atau juga dikenali sebagai Shopping Cart) Virtuemart. Kita akan belajar dari kosong sehinggalah berjaya menghasilkan website macam ni. Contoh website seperti ini :
Pelajaran tambahan :
1. Edit template website. Ubah warna, gambar, font, apa sahaja di dalam website anda.
2. Beli hosting/domain dan cara menggunakan CPanel linux hosting. (Bahan pelajaran tentang ini akan diberikan sebelum seminar. Di dalam seminar akan diulang secara ringkas dan terbuka untuk sebarang soalan)
3. Pelbagai fungsi tambahan yang boleh dimasukkan ke dalam website.
4. Apa sahaja soalan yang anda tanya, sekiranya saya tahu, saya akan jawab di dalam seminar.
Pelajaran Bonus :
Palajaran ini akan diberikan dalam bentuk video panduan dan nota step-by-step yang boleh di download dari dalam forum. Nota dan video ini juga akan diupdate dari masa ke semasa. Pelajaran Bonus ini tidak akan diajar di dalam seminar.
1. Panduan buat blog percuma di blogspot.
2. Panduan buat website blog percuma dan berbayar wordpress.
3. Panduan install script-script fungsi tambahan seperti script affiliate, script popup, script popunder dan lain-lain.
-------------------------------------------------
Risau tak sempat tangkap semua pelajaran dalam sehari? kami tawarkan pelajaran sepanjang hayat!
Jangan bimbang sekiranya anda rasakan sehari terlalu sekejap, pelajaran sehari itu sebenarnya adalah suatu permulaan kepada apa yang kami tawarkan sebenarnya.
Anda boleh bertanya apa sahaja berkenaan modul kursus di dalam forum, kami akan jawab, dan jika perlu kami akan buat nota baru atau video baru untuk menjawab persoalan anda.
Anda ada bantuan forum, nota, dan video untuk membantu anda selepas kursus. Sekiranya anda merasakan yang mempelajari website ini memang tak mungkin dikuasai dalam sehari, kami tawarkan kepada anda pembelajaran sepanjang hayat.
Kami cuba sedaya upaya untuk memastikan yang anda boleh belajar dan ulangkaji kembali bila-bila yang anda mahukan dan di mana sahaja anda perlukan. Namun dengan memberikan nota sahaja bagi kami tidak mencukupi, anda tetap perlu belajar dengan seseorang untuk cepat menguasai ilmu tersebut. Sebab itulah kami tidak menjual semua nota dan video ini secara berasingan, hanya kepada peserta seminar sahaja.
-------------------------------------------------
Apa kelebihan seminar ini?
Pelajaran yang berkualiti
1. Maksimum 10 orang pelajar sahaja. Supaya pelajar dapat tangkap pelajaran yang disampaikan.
2. Nota lengkap yang akan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa. Kini nota dah mencecah lebih 200 muka surat (dan akan bertambah dan diupgrade lagi dari masa ke semasa). Setiap peserta akan dapat satu fail setiap seorang.
3. Panduan video langkah demi langkah yang juga akan bertambah dari masa ke semasa.
4. Pelajaran step by step (langkah demi langkah) dan praktikal terus buat website sewaktu seminar dijalankan. Setelah habis seminar, peserta akan siap 1 website yang mengandungi fungsi portal dan fungsi e-commerce.
5. Bantuan sekiranya tidak faham, upgrade nota, upgrade video dan bonus-bonus tambahan dari dalam Forum Tertutup. Akses ke forum tertutup seumur hidup (maknanya hidup perniagaan kami, selagi perniagaan kami masih wujud). Boleh bertanya sekiranya tidak faham atau tersekat di mana-mana. (AWAS sekiranya anda melanggar terma dan syarat forum seperti berkongsi akses dengan orang lain, berkongsi bahan seminar dengan orang lain, menggunakan kata-kata yang kurang sopan dsb, anda boleh dibann dari forum.
6. Ada pelajaran bonus tambahan. Anda akan diberikan buku panduan dan video panduan untuk pelajaran bonus ini. Pelajaran ini tidak akan diajar di dalam seminar kerana kekangan masa (seminar satu hari penuh), tetapi dengan mengikuti buku panduan dan video panduan yang kami sediakan, anda juga dapat belajar untuk membuat website jenis itu. Jadi sebenarnya anda akan dapat belajar 5 jenis website keseluruhannya.
Tempat yang kondusif
1. Seminar dibuat di JOMTRAINING, iaitu tempat khusus untuk seminar berkomputer.
2. Makanan (4 kali) akan diuruskan dan ditanggung oleh penganjur.
3. Setiap peserta dibekalkan sebuah laptop yang canggih setiap seorang, lengkap dengan sambungan internet Steamyx 1.0Mbps.
4. Tempat seminar yang mudah dicari dan berada berdekatan dengan pusat bandar.
Bonus hebat yang bernilai lebih RM1280
1. Satu Template Premium Joomla. Bernilai 70usd atau RM240
2. Satu domain .com dan satu hosting exabytes percuma selama setahun. Bernilai RM80
2. Ebook Panduan FTP (Dari saudara SmartZul) bernilai RM30
3. Script Affiliate Lite 2.0 + Video Panduan bernilai RM50
4. Video Step by Step Membina Blog Menggunakan Wordpress bernilai RM100
5. 3 buah ebook panduan membuat website(dalam bahasa inggeris) yang bernilai 37usd setiap satu. Keseluruhannya bernilai RM380.
6. Saya akan beritahu ilmu di mana dan bagaimana nak cari projek-projek untuk buat website.Sekurang-kurangnya bernilai RM100.
7. Saya akan memberikan peluang kepada peserta untuk bekerjasama dengan saya dalam projek buat website di masa akan datang. Sekurang-kurangnya bernilai RM300.
8. Semua upgrade nota-nota dan video-video panduan yang akan datang. Tak ternilai (sebab akan sentiasa diupdate).
-------------------------------------------------
Contoh-contoh website yang saya pernah buat,
dan mungkin bakal anda buat setelah mempelajari bagaimana saya buat website-website ini di dalam seminar dan di dalam forum bantuan nanti.
http://alfatihstudio.com
http://ppbm.org.my
http://dentalsurgeonsinc.com
http://anakkusayang.com
http://anakkusayang.com/blog
http://i-hab.com
http://rempitebayebook.com/forum
http://gamespendidikan.com
http://anakkusayang.com/games
http://e-hartanah.com
http://kasyidi.biz
http://clickwear2u.com
dan banyak lagi...
-------------------------------------------------
Jadi berapa harganya untuk mengikuti seminar ini?
Sekiranya anda mengupah orang untuk membuatkan website seperti ini pun anda perlu bayar kepada dia sekurang-kurangnya RM800. Saya sendiri charge bermula dari harga tersebut, dan akan meningkat berdasarkan keperluan pelanggan. Boleh cuba search di google perkataan "joomla web design" atau perkataan yang seumpamanya dan lihat sendiri harga pasaran untuk website joomla. Jangan terkejut sekiranya ada diantara mereka yang charge sehingga mencecah RM10000.
Setelah saya ajarkan buat website, anda bukan cuma dapat satu malah anda akan dapat buat seberapa banyak pun website. Bahkan anda akan pelajari bukan cuma satu, malah 5 jenis website!(dan mungkin kami akan tambah lagi di masa hadapan. Bukankah anda dapat akses Forum tertutup seumur hidup?)
Untuk belajar semua ini di kolej atau university, agak-agaknya berapa harganya? Kami akan ajarkan secara praktikal, secara lansung dari orang yang memang kerjanya membuat website untuk pelanggan.
Jadi berapa harga yang sepatutnya saya letakkan? Bonus-bonus yang saya berikan sahaja pun dah bernilai RM1300!
Jangan bimbang, untuk seminar kali ini kami hanya meletakkan RM680 sahaja walaupun nilai sebenarnya jauh lebih daripada itu.
-------------------------------------------------
Terhad! tiada orang ke sebelas! harga akan dinaikkan! Mungkin seminar terakhir untuk tahun ini!
Kursus hanya terhad kepada maksimum 10 orang peserta sahaja untuk sesi ini. Kami ada 3 tenaga pengajar, insya'allah boleh memberikan tumpuan pada 10 orang peserta. Untuk lebih dari itu, kami risau tidak dapat memberikan tumpuan pada peserta. kami ingin mengekalkan kualiti pembelajaran.
Oleh itu saya ulangi yang tawaran ini hanya terbuka kepada 10 orang pertama yang membuat pembayaran ke akaun kami. Tiada orang ke 11 yang akan diterima. Untuk seminar-seminar sebelum ini pun kami tidak pernah menerima orang yang lebih dari apa yang telah kami tetapkan.
Selepas ini saya tak pasti samada saya akan buka lagi seminar seperti ini atau tidak. Kalau ada pun, harganya pasti akan meningkat lagi seiring dengan bertambahnya kualiti bahan kursus nanti!
p/s : semua upgrade bahan kursus akan diberikan percuma pada bekas peserta kursus.
-------------------------------------------------
Sekali lagi!
Untuk upah orang buat website sebegini pun paling murah harganya adalah RM800! itu pun kalau betul-betul cari, susah juga lah nak jumpa harga macam tu.
Anda akan belajar buat website yang berkualiti, bukannya website yang biasa-biasa... 
Harga seminar ini termasuk semua bonus hebat tersebut adalah cuma RM680 sahaja... (p/s: harga ini agak tak logik sebab nilai website tu jauh lebih mahal dari tu...)
Tempahan ini mungkin habis pada bila-bila masa. Saya telah pun mengiklankannya melalui email kepada pada lebih 1300 orang. Sekiranya anda berlengah, saya tidak tahu apakah masih ada tempat untuk anda...

yang benar,

Muhammad Bukhori b Parman
www.alfatihstudio.com
YM : amadbukhori
Gtalk : amadbukhori
Email : admin@alfatihstudio.com
No HP : 013-2226295
Seminar ini dijalankan Oleh:
Al Fatih Network (001929475-H),
No 8, Jalan 4, Taman Gombak, 68100, Selangor DE.
Tel: 013-2226295 (En. Bukhori)



