Pereka Laman Web Profesional

Facebook Membenarkan Anda Memilih Akaun Pewaris Setelah Anda Meninggal Dunia

 Facebook kini menyediakan fungsi yang membenarkan pengguna memilih siapa yang bakal mewarisi akaun anda setelah anda sudah meninggal dunia. Apabila Facebook telah mengenalpasti pemilik akaun telah meninggal dunia daripada rakan-rakan akaun yang komen dan post di akaunnya, kemudian waris akaun tersebut dibenarkan akses dan menguruskan profailnya.

legacy-contact choose

Apabila semua sudah disetkan, pewaris akaun akan boleh membuat pengumuman di akaun dan akan dipaparkan di timeline bahagian atas sekali. Pewaris akaun juga boleh respon kepada rakan baru, kemaskini profile dan gambar muka depan, malah boleh muat turun dan memeadam mana-mana gambar atau post yang diinginkannya.

legacy-contact settings

Namun ini tak bermakna pewaris akaun dapat log in sebagai pemilik akaun. Post dan PM yang dibuat oleh pewaris akaun kepada akaun si mati masih menggunakan nama dan akaun pewaris akaun tersebut.

legacy-contact message

Fungsi pewaris akaun baru sahaja diperkenalkan kepada akaun-akaun di US sebagai permulaan. dan Facebook akan kembangkannya ke akaun-akaun negara lain selepas ini. Jika anda tak ingin akaun anda diwarisi, anda boleh setkan agar Facebook terus delete akaun anda sahaja.


Hubungi kami melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau handphone (013) 222-6295

 

Alamat Kami

  • 100-1, Jalan 2/23A, Off Jalan Genting Klang, Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia 53300
  • (013) 222-6295
    (019) 460-1376