Pereka Laman Web Profesional

Cara Tingkatkan Jualan di Internet

Pernah terfikir untuk menjual produk sampingan?

Cara yang anda boleh lakukan:

 


 Jual produk yang sama dengan harga murah.

Jika produk anda perlu diisi semula atau perlu kerap diganti, strategi ini amat bagus. Sebagai contoh, jika anda menjual perkara-perkara seperti produk dakwat printer, ia amat berbaloi. Tetapi, jika produk anda tidak boleh diisi semula, anda boleh menunjukkan penghargaan anda kepada pelanggan dengan menawarkan diskaun istimewa pada produk yang telah mereka beli. Dengan cara itu, jika mereka suka produk tersebut, mereka boleh membelinya untuk keluarga dan rakan-rakan.

Menawarkan produk-produk yang saling melengkapi produk utama anda.

Contohnya, anda menjual tudung secara online, produk sampingan yang boleh anda jual ialah seperti pin tudung mahupun hiasan batu berkilau yang pasang siap di laman web anda. Sebagai peniaga, anda harus tahu produk sampingan yang dapat menarik pelanggan untuk membeli produk lain di laman web anda. Cara ini secara tak langsung dapat meningkatkan jumlah pelanggan dan jumlah pendapatan anda.

 

 

Gunakan ‘paid subscription’ sebagai produk sampingan.

Contohnya, produk utama anda adalah manik, anda boleh menjual langganan kepada kursus yang eksklusif mengenai teknik-teknik menjahit manik yang mudah dan menarik sebagai produk sampingan. Anda boleh menghantar kandungan berbayar ini melalui laman web ahli-ahli sahaja atau melalui e-mel.

Cuba jual produk yang telah di ‘upgrade” untuk produk yang telah dibeli pelanggan.

Pelanggan yang telah menggunakan dan menyukai produk anda akan lebih terbuka untuk menerima tawaran untuk versi dinaik taraf. Sebagai contoh, jika anda menjual e-buku yang mengajar orang bagaimana untuk menggunakan perisian tertentu, anda boleh menjual versi dikemaskini untuk pembeli sebelumnya apabila pakej perisian yang berkenaan dinaik taraf.

 

Tawarkan produk orang lain.

Cara paling cepat dan paling mudah untuk menambah produk baru ke laman web anda adalah menyertai program affiliate dengan perniagaan lain. Menjual produk affiliate dapat meningkatkan jualan anda, terutamanya kerana anda tidak perlu menghabiskan masa atau wang untuk mewujudkan produk baru anda sendiri.

Cuba pisahkan produk semasa.

Sebagai contoh, jika anda menjual buku tentang teknik mengambil gambar, juallah cara asas mengambil gambar denga harga murah, RM 9.90 pada bulan pertama. Bulan seterusnya anda boleh mengeluarkan versi cara mengambil gambar yang lebih advance dengan harga yang lebih tinggi, RM29.90- RM39.90.

 


Hubungi kami melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau handphone (019) 460-1376

 

Alamat Kami

  • 100-1, Jalan 2/23A, Off Jalan Genting Klang, Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia 53300
  • (013) 222-6295
    (019) 460-1376