Pereka Laman Web Profesional

Apa itu reka bentuk responsif?

Trend terbaru dalam dunia website kini ialah reka bentuk responsif atau dikenali juga sebagai responsive web design (RWD). RWD ialah reka bentuk laman web yang dapat memberikan respon ke atas pelbagai peranti daripada desktop, tablet, hinggalah kepada telefon pintar.

Mudah kata, reka bentuk responsif ialah teknik yang digunakan untuk membuat pelbagai layout website yang dapat disesuaikan untuk apa-apa peranti sekalipun. Dengan mengaplikasikan penggunaan reka bentuk responsif dalam website, website tersebut akan jadi lebih berstail sebab boleh dilihat dalam pelbagai peranti yang ada waktu kini. Dalam erti kata lain, laman web tersebut perlu mempunyai teknologi untuk bertindak balas secara automatik untuk pilihan pengguna.

Reka bentuk web responsif melibatkan perbezaan kepada saiz skrin, platform dan orientasi layout website. Jika dulu website hanya boleh dilihat menggunakan laptop mahupun desktop, sekarang boleh dikatakan sesiapa sahaja boleh melihat website yang mereka inginkan menggunakan teknologi yang mereka ada sekarang.

Jadi jika anda ingin membina sebuah laman web pastikan pereka laman web yang anda pilih mampu membuat laman web yang berbentuk responsif.


Hubungi kami melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau handphone (013) 222-6295

 

Alamat Kami

  • 100-1, Jalan 2/23A, Off Jalan Genting Klang, Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia 53300
  • (013) 222-6295
    (019) 460-1376