Pereka Laman Web Profesional

Cara Menukar Pembaca Kepada Pelanggan

Perniagaan melalui internet bukan perkara yang asing lagi. Kini telah wujud semakin banyak perniagaan secara dalam talian. Tetapi bagaimana ingin memastikan pembaca yang melihat ruangan perniagaan anda itu tertarik untuk membeli produk mahupun perkhidmatan yang ditawarkan? Teknik ataupun cara yang bagaimana yang dapat menarik pembaca menjadi pelanggan seterusnya menjadi pelanggan berulang? Berikut merupakan antara cara-cara yang dapat digunakan sekiranya anda juga terlibat dalam perniagaan secara dalam talian.

orange-shop-exterior

Pengenalan tentang anda- Perkara utama yang perlu ditekankan ialah pengenalan tentang siapa diri anda. Sukar untuk pelanggan membeli produk yang anda jual mahupun perkhidmatan yang anda tawarkan sekiranya mereka tidak percaya siapa anda iaitu peniaga dalam talian yang tidak mereka kenali.  Oleh itu, anda mesti meletakkan butir-butir tentang diri mahupun butiran tentang latar belakang syarikat anda untuk memudahkan pelanggan menghubungi anda. Antaranya alamat, nombor telefon mahupun alamat e-mel terkini yang digunakan. Cara ini dapat memudahkan urusan jual beli antara pelanggan dan pembeli. Bukan sahaja dapat menjimatkan masa malah dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada anda. Letakkan juga gambar anda sebagai penjual mahupun gambar kedai anda agar pelanggan yakin bahawa perniagaan anda itu benar-benar wujud.

free-call2

Mudah dihubungi- Pelanggan muncul tanpa mengira masa dalam tempoh 24 jam. Komunikasi yang berkesan, pantas dan mudah dapat meyakinkan pelanggan dan membuat mereka selesa untuk proses jual beli dan mengelakkan mereka tertunggu-tunggu sehingga akhirnya beralih ke tempat lain.

Kelebihan Produk- Ceritakan juga kelebihan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan agar pembaca berasa teruja dan rasa berbaloi untuk menjadi salah seorang dari pelanggan anda. Kebanyakan pembaca ingin mengetahui tentang barang yang ingin dibeli sebelum membeli apa yang mereka mahukan.

Testimonial Pelanggan- Kenyataan dari testimonial oleh pelanggan yang telah menggunakan produk mahupun perkhidmatan anda juga dapat meyakinkan pembaca untuk menjadi pelanggan. Kenyataan-kenyataan yang positif dan respons meyakinkan pelanggan untuk membeli produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
 
deliverProses Penghantaran- Anda juga perlu bijak mempengaruhi pembaca agar mereka berminat untuk menjadi pelanggan anda. Misalnya proses penghantaran yang lebih awal dari apa yang telah dijanjikan. Dengan cara ini, pelanggan tersebut berpotensi tinggi untuk menjadi pelanggan berulang kerana mereka yakin dan percaya pada kemampuan anda untuk memenuhi permintaan mereka dalam tempoh tertentu. Elakkan penghantaran yang lewat kerana sekali ditipu, sukar untuk pelanggan itu mempercayai anda lagi sebagai peniaga dalam talian yang jujur.

Kepuasan Pelanggan- Apabila pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut, mereka secara tidak langsung akan mempromosikan perniagaan anda kepada orang lain iaitu rakan-rakan dan keluarga mereka dengan menceritakan pengalaman semasa mereka menjadi pelanggan anda.

Promosi- Pembaca juga tertarik dengan promosi-promosi yang ditawarkan seperti membeli produk tertentu dan mendapat barangan percuma. Siapapun mudah untuk terpikat apabila ada barangan percuma yang turut disertakan dengan pembelian mereka. Selain itu, pemberian kad diskaun dan voucer percuma juga dapat menarik pembaca untuk menjadi pelanggan anda.
 
mback

Jaminan wang dikembalikan- Anda juga boleh menarik pembaca untuk menjadi pelanggan dengan menjanjikan pengembalian wang sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan barangan yang dibeli. Cara ini dapat menarik ramai pembaca kepada pelanggan atas tiket jaminan wang mereka dikembalikan. Seandainya produk mahupun perkhidmatan yang anda tawarkan itu benar-benar bagus, cara ini semestinya menjanjikan pulangan yang berbaloi.


Hubungi kami melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau handphone (013) 222-6295

 

Alamat Kami

  • 100-1, Jalan 2/23A, Off Jalan Genting Klang, Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia 53300
  • (013) 222-6295
    (019) 460-1376