Pereka Laman Web Profesional

Apakah perkara yang di cari pengunjung website ketika mereka melawat website perniagaan anda?

Pernahkan anda mengambil tahu apakah perkara yang di cari oleh pengunjung website ketika melawat website perniagaan anda? Jika anda tidak pernah tidak mengapa kerana artikel ini akan membincangkan perkara ini.

Kebiasanya ada tiga perkara yang akan di cari pengunjung website ketika melawat sesuatu website. Tiga perkara tersebut adalah

1.    Website ini siapa yang punya.
2.    Apa yang website ini tawarkan
3.    Adakah perkara yang di tawarkan website ini menepati kehendak mereka.

Jika website anda memenuhi perkara ketiga iaitu menepati kehendak mereka, barulah mereka akan kekal di website anda. Jika tidak, mereka akan keluar dari website anda.

Siapa pemilik website?

Biasanya apabila pengguna internet memasuki mana – mana website perniagaan, mereka akan mencari tajuk website dan brand bagi website tersebut. Mereka  dengan sendirinya ingin tahu siapakah pemilik website tersebut atau apakah tajuk bagi website tersebut.

Jadi, jika anda optimizekan page ‘ about us’ , anda boleh tanamkan perasaan percaya pengunjung website terhadap diri anda.

Apakah yang website anda tawarkan?

Kemudian, jika mereka berpuas hati dengan kredibiliti pemilik website, mereka akan lihat apa website tersebut tawarkan. Mereka akan baca satu persatu atau scan sahaja. Jika menarik, mereka akan baca dan jika tidak menarik, mereka akan skip.

Oleh itu, website anda perlu ada susunan yang senang untuk pengguna internet baca. Selain itu, grafik juga perlu cantik supaya pengguna internet rasa tenang ketika melayari website anda.

Adakah perkara yang website tersebut tawarkan sesuai dengan kehendak mereka?

Selepas scan perkara yang anda tawarkan, pengunjung website akan membandingkan data yang mereka scan atau baca dengan kehendak yang telah mereka tetapkan. Jika tepat, mereka akan stay di website anda untuk ketahui lebih lanjut mengenai perkara yang anda tawarkan.

Saya harap dengan pendedahan ketiga – tiga perkara di atas dapat membantu anda untuk membina website yang berkualiti tinggi dan menepati cita – rasa pengguna internet.


Hubungi kami melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau handphone (019) 460-1376

 

Alamat Kami

  • 100-1, Jalan 2/23A, Off Jalan Genting Klang, Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia 53300
  • (013) 222-6295
    (019) 460-1376