Pereka Laman Web Profesional

Kenapa Simple Lebih Bagus

Letih bukan bila perlu membuat pilihan? Bila terlalu banyak pilihan bermakna anda akan menggunakan lebih masa untuk menilai dan membanding bezakan sesuatu produk yang sama di mana ia tidak harus berlaku. Kecenderungan untuk membeli sesutu produk biasanya atas faktor warisan. Warisan di mana ibu, nenek malah moyang anda juga menggunakan produk yang sama membuatkan anda yakin dan mudah membeli produk tersebut tanpa rasa ragu walaupun ada produk sama berlainan jenama yang lebih baik dari yang anda biasa gunakan itu. Begitu juga halnya bila ada membeli belah dalam talian. Pengunjung mahukan laman web yang memudahkan mereka untuk melihat semua paparan produk, kemas, dan tidak menyakitkan mata. Mereka mahukan sesuatu yang simple.

Pasti anda terfikir bagaimana untuk mengaplikasikannya ke dalam website anda? Anda mungkin mahu website yang unik, canggih, dan menarik namun jika pengunjung laman web anda memerlukan lebih masa untuk membiasakan diri dengan layout website yang terlalu canggih, kemungkinan mereka akan klik Off dan tidak akan kembali ke laman web anda. Jika anda mahu menarik pelawat dan mengekalkan penonton, pastikan laman web anda simple.

 

Mudah = Mudah digunakan

Beberapa tahun dahulu semasa Myspace rancak diperkatakan oleh semua orang, Facebook hanya dipandang sepi. Semua orang suka Myspace kerana boleh menukar halaman layout dengan bermacam-macam design yang diingini. Sedangkan Facebook kelihatan membosankan tanpa halaman layout yang boleh diubah. Kini segalanya berubah, orang ramai bertukar kepada Facebook kerana halamannya yang mudah dan lebih kemas. Nah, kesederhanaan dalam halaman sosial lebih menarik kini kerana lebih mudah digunakan dan faktor yang ketara adalah kerana pengguna media sosial sudah tiada rasa teruja untuk menghias laman sosial mereka.

 

Mudah = Tidak menyakitkan mata

Sesuatu yang mudah bukan bermaksud ianya membosankan. Kelebihan rekaan web yang mudah memberikan keselesaan dan keyakinan kepada pengunjung untuk menerokainya. Keselesaan ini mendorong mereka untuk kembali semula ke laman web tersebut. Wow! Bukankah ini memberi kelebihan kepada laman web anda?

 

Mudah = Spesifik

Jika anda mahukan lama web yang hebat, mudah dan berjaya, kami sarankan anda untuk mula melakukan kerja dan spesifikkannya. Bukan sahaja menjimatkan masa, wang dan tenaga malah anda akan memiliki laman web anda sendiri yang sangat hebat dan disukai ramai! Kesimpulannya, kemaskini rekaan laman web anda kini. Jauhkan dari corak kartun dan contoh-contoh Flash yang memberatkan laman web anda. Kemaskini agar laman web anda lebih tersusun, sangat mudah digunakan, kemas dan selamat digunakan. Rekaan yang simple lebih meyakinkan.Masih ragu-ragu? Aplikasikannya sekarang dan lihat hasilnya. Semoga berjaya.

 

 

Punca Gagal dalam Bisnes Internet

Adakah anda baru memulakan perniagaan secara online atau sudah lama menceburkan diri dalam bidang perniagaan melalui internet tapi masih gagal menarik hati pengunjung yang ada untuk menjadi pembeli? Ketahui punca-punca kegagalan dalam bisnes internet seperti yang dicatatkan di bawah.

Read more...

Cara Menukar Pembaca Kepada Pelanggan

Perniagaan melalui internet bukan perkara yang asing lagi. Kini telah wujud semakin banyak perniagaan secara dalam talian. Tetapi bagaimana ingin memastikan pembaca yang melihat ruangan perniagaan anda itu tertarik untuk membeli produk mahupun perkhidmatan yang ditawarkan? Teknik ataupun cara yang bagaimana yang dapat menarik pembaca menjadi pelanggan seterusnya menjadi pelanggan berulang? Berikut merupakan antara cara-cara yang dapat digunakan sekiranya anda juga terlibat dalam perniagaan secara dalam talian.

Read more...

Antara Blog, Website & E-commerce

Zaman dunia di hujung jari ini, ramai orang mula mengaplikasikan penggunaan blog, website dan e-commerce untuk pelbagai tujuan. Namun, tahukah anda mengenai perbezaan di antara blog, website dan e-commerce?

Read more...

10 ciri-ciri website yang mesra pelawat

Laman web yang mesra pengguna mampu menarik pelawat baru serta mengekalkan pelawat yang sedia ada. Hal ini kerana manusia secara lumrahnya tidak sukakan perkara yang kompleks atau sukar dan tambahan pula amatlah mudah untuk menutup sesebuah laman web, dengan hanya satu klik sahaja dan peluang anda mendapatkan pelawat hilang . Oleh itu, artikel ini akan membincangkan 10 ciri-ciri laman web mesra pengguna yang anda boleh aplikasikan.

Read more...

Apakah perkara yang di cari pengunjung website ketika mereka melawat website perniagaan anda?

Pernahkan anda mengambil tahu apakah perkara yang di cari oleh pengunjung website ketika melawat website perniagaan anda? Jika anda tidak pernah tidak mengapa kerana artikel ini akan membincangkan perkara ini.

Read more...

Mahu trafik percuma dari facebook?

Trafik merupakan antara elemen terpenting bagi sesebuah laman web. Tidak berguna jika anda mempunyai sebuah laman web dengan design yang cantik serta informasi berguna dan terkini tetapi tidak menerima sebarang trafik.

Read more...

7 ciri-ciri laman web yang mesra SEO

Laman web hebat yang mempunyai design yang cantik dan informasi terkini tidak menjamin trafik berduyun-duyun datang ke laman web anda. Anda perlulah mempromosi laman web anda dan melakukan pelbagai jenis marketing seperti forum dan artikel marketing.

Read more...

Subcategories

Hubungi kami melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau handphone (013) 222-6295

 

Alamat Kami

  • 100-1, Jalan 2/23A, Off Jalan Genting Klang, Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia 53300
  • (013) 222-6295
    (019) 460-1376